Saturday 6 December 2014

Cara Menghilangkan Jerawat



Tentu anda tercari-cari cara menghilangkan jerawat yang paling mustajab.. terdapat pelbagai cara dan petua cara menghilangkan jerawat ni, Cuma adakah ianya benar-benar sesuai dengan kulit kita yang mengamalkan cara  menghilangkan jerawat tersebut.

Namun disini saya ada satu petua yang saya sendiri telah lakukan sewaktu zaman remaja dahulu bagi memastikan jerawat yang nak timbul tu tak jadi timbul.

Cara menghilangkan jerawat yang saya lakukan ialah hanya guna bawang putih.. caranya mudah sahaja, ambil seulas bawang putih yang kecil kemudian di belah sedikit, kemudian terus sapu pada jerawat tersebut. Biarkan selama beberapa minit atau pun sehingga tiada apa-apa tindakbalas pada jerawat tersebut. Kemudian barulah di basuh.

Seterusnya anda perlu basuh muka sekurang-kurangnya 3 kali sehari,  pertama di waktu mandi pagi, tengahari dan sebelum tidur. Guna pencuci muka yang tiada tinggalkan apa-apa lapisan halus seperti pelembap atau apa sahaja. Masa tu saya guna pencuci muka clean & clear.. cuci dan gosok serta urut muka anda sehingga anda rasa semua kotoran dan minyak muka tertanggal.

Kulit muka memang akan kering tetapi itulah yang terbaik dan jangan bimbang kerana kering tu sementara sahaja.. selepas anda aktif kulit muka anda akan mula berminyak dan berpeluh semula.. dan di waktu tengahari perlu juga membasuh semula terutama selepas anda melakukan aktiviti di luar.

Seterusnya anda boleh cuba cara menghilangkan jerawat dibawah ni selang 2 atau 3 hari sekali.

Bahan-bahannya Cuma
1.       Suku ulas bawang putih
2.       Sepotong kecil lobak merah
3.       Puith telur dan
4.       Satu sudu kecil madu asli

Cara –caranya;
Pukul putih telur sehingga berbuih kemudian  masukkan seulas kecil bawang putih dan lobak merah yang telah di tumbuk halus kedalam telur tadi. Gaul sehingga sebati. Kemudian sapukan pada muka anda sebelum tidur . biarkan ianya kering sekurang-kurangnya  30 minit. Kemudian basuh sehingga bersih.

Insyallah mujarab pada semua jenis  kulit muka.. muka anda bukan sahaja tiada jerawat tetapi akan lebih gebu dan lembut..

Insyallah..