Monday 4 August 2014

Apa Itu Kahwin Misyar?

Assalammualaikum

Disini ada sedikit penerangan berkenaan kawin misyar yang boleh kita fikir-fikirkan samada untuk mengamalkannya atau pun tidak. Artikel sebenar tentang kawin misyar dibawah ni saya ambil dari sebuah laman web. Jom kita baca..

Artikel asal bertajuk: Zawaj al-Misyar: Hukmuhu al-Shar’i, ditulis oleh Muhammad To’mah al-Qudhah, diterbitkan dalam www.ArabLawInfo.com

Definisi Kahwin Misyar:

Perkataan misyar berasal daripada perkataan arab sara, sira, sirah, tasayara, masar dan juga masirah. Ia bermaksud, berjalan dan perjalanan. Ia juga boleh diertikan sebagai pemergian.

Perkataan misyar sebenarnya ialah satu perkataan daripada bahasa dialek atau loghat (bahasa ammiyah) atau boleh juga disebut sebagai bahasa pasar yang digunakan di beberapa negara Teluk. Ia difahami sebagai: perjalanan dan tidak tinggal lama di sesuatu tempat (lihat: Yusuf al-Qaradawi, Hawl Zawaj al-Misyar, Majallah al-Mujtama’ al-Kuwaitiyyah, bil 1301, 26/5/1977, hlm. 31, Majallah al-Syariah, bil. 392, bertarikh: 8/8/1998.

Definisi Misyar Dari Sudut Terminologi/Istilah:

Perkahwinan misyar ialah perkahwinan di mana pengantin lelaki tinggal di rumah pengantin perempuan tetapi pengantin perempuan tidak pula berpindah ke rumah pengantin lelaki. Ia selalunya berlaku ke atas isteri kedua kerana si lelaki mempunyai isteri lain (isteri pertama) yang tinggal di rumah si lelaki dan menerima nafkah daripada lelaki tersebut. (lihat: al-Qaradawi, Hawl Zawaj al-Misyar)

Ia juga disebut sebagai pergi kepada si isteri tetapi tidak tinggal lama (ibid.)

Terdapat juga pandangan bahawa perkahwinan misyar ialah perkahwinan yang dibina dengan akad yang sah antara kedua-dua lelaki dan perempuan dengan adanya persepakatan tentang hubungan kelamin tanpa hidup sebumbung untuk tempoh yang berpanjangan.(Akhbar al-Dustur, 10/10/1998, tanpa nama penulis artikel)

Menurut Ahmad al-Tamimi, misyar ialah perkahwinan seorang lelaki dengan seorang perempuan dengan akad yang sah menurut syarak dan memenuhi rukun-rukunnya, tetapi pasangannya bertolak ansur dari segi tempat tinggal dan nafkah. (lihat: Usamah Umar al-Ashqar, Mustajiddat Fiqhiyyah fi Qadhaya al-Zawaj dan al-Talaq, hlm. 163)

Menurut Ibn Mani’, ianya ialah perkahwinan yang memenuhi semua syarat dan rukunnya, tetapi kedua-dua pasangan redha-meredhai dan bersetuju bahawa si isteri tidak mempunyai hak berkelamin (iaitu hak pembahagian giliran bermalam). Sebaliknya, ia bergantung kepada si suami, jika dia mahu menziarahi isterinya pada bila-bila masa atau waktu. (ibid.)

Sebagai kesimpulan:

Perkahwinan misyar dibina berasaskan tolak ansur antara kedua-dua suami isteri mengenai tempat tinggal, nafkah, pembahagian giliran bermalam antara isteri-isteri dan sebagainya. Walau bagaimanapun, dalam perkahwinan ini, si isteri tetap memerlukan seorang suami untuk menyayanginya, melindunginya, memberikan perhatian dan kasih sayang dan dia tidak memerlukan harta dan rumah kerana telahpun memilikinya.

Oleh itu, perkahwinan misyar ialah: Akad perkahwinan antara lelaki dan perempuan yang dihalalkan oleh syarak untuk berkahwinan dengan wujudnya tolak ansur si isteri daripada beberapa hak tertentu.

dari blog drhasanah.com

Tambahan:

1. salah satu dalil yang digunakan oleh ulama sunni untuk membenarkan kahwin misyar ialah hadith dari Imam bukhari:

“ Sawdah telah memberikan giliran beliau kepada Aisyah dan Rasulullah telah bermalam bersama Aisyah dengan giliran beliau dari Sawdah ”.

Ini bermaksud isteri boleh memberikan kebenaran kepada suaminya untuk tidak berlaku adil (sekali lagi, dengan kebenaran) dari segi tanggung jawab. Ini termasuklah tanggungjawab nafkah, giliran bermalam dan lain-lain (sekali lagi diulang - dengan kebenaran).

Kahwin Misyar bukan kahwin mut'ah (kahwin kontrak). kahwin mut'ah diharamkan oleh ulama sunni dan dibenarkan oleh kumpulan syiah.

2. Kahwin misyar tidak semestinya untuk orang berpoligami. Kahwin misyar juga boleh untuk orang yang berkahwin dengan satu pasangan sahaja yang mana si suami tidak dapat menunaikan tanggungjawab dengan baik dari segi tinggal bersama, nafkah, tanggungan dan sebagainya.

3. kahwin misyar tanpa sebarang keuzuran hanyalah akan merendahkan martabat seorang lelaki. Eloknya bila keadaan sudah menjadi baik, maka bertukarlah kepada suami yang bertanggungjawab seperti biasa.

4. kita sangat yakin bahawa seorang suami yang dapat memberikan nafkah dengan sempurna dan boleh memberikan tanggungjawap tentang giliran (bagi yang berpoligami) dan tinggal bersama adalah yang terbaik. Walau bagaimanapun di dunia yang sebenar, ramai orang yang memiliki kekurangan. Islam masih mahu pintu perkahwinan dibuka walaupun terdapat masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Ini untuk memastikan setiap muslim berpeluang untuk mendirikan keluarga.

Sekian,
Binimuda.com

Asmara Tantra
http://kesaktiantenagadalam.blogspot.com/2014/06/asmara-tantra-dan-ilmu-kamasutra.html